Sunday, February 21, 2021

Unit 2 - Aplikasi Reka Bentuk Teknologi Kejuruteraan 2

Membina Kipas Solar

Sebelum melakarkan reka bentuk produk yang menggunakan tenaga boleh baharu, kita perlu mengenal pasti teknologi yang akan digunakan sama ada melalui tenaga solar, hidro, angin atau sebagainya.

Untuk projek kipas solar, kita boleh menggunakan panel solar untuk menukarkan tenaga daripada cahaya matahari kepada tenaga elektrik yang disambungkan pada motor.


Melakarkan Reka Bentuk

Setelah kita mengenal pasti produk yang akan dibuat, sekurang-kurangnya 2 lakaran idea perlu dihasilkan.




Kita hendaklah memilih satu lakaran atau menggabungkan beberapa ciri yang terdapat dalam lakaran idea. Gabungan ciri yang terdapat pada lakaran 1, 2 dan 3 boleh dijadikan sebagai lakaran terbaik.


Menilai Lakaran Dan Membuat Penambahbaikan

Sebelum menjadikan lakaran terbaik sebagai panduan menghasilkan projek, lakaran tersebut perlu dinilai terlebih dahulu dengan borang penilaian seperti di bawah.


Akhir sekali, satu lakaran yang ditambah baik boleh dihasilkan setelah dinilai.



5.1.3   Melakar reka bentuk produk yang menggunakan tenaga boleh baharu.
5.1.4   Menilai lakaran yang dipilih dan membuat penambahbaikan.

1 comment:

πŸ“ŒLatihan Bertulis 4

 Sila siapkan latihan di bawah dan hantar balik ke  sini  sebelum pukul 5 petang pada 20 Mei 2021.